Wednesday 7 December 2011

ASUS Transformer Prime - Lebih baik dari iPad 2 ?



Selepas Apple inc. melancarkan produk terbaru mereka iaitu iPad 2, kini ASUStek Computer Inc. dari Taiwan melancarkan komputer tablet terbaru mereka yang dinamakan ASUS Transformer Prime, produk terbaru mereka dijangka dapat menjejaskan jualan iPad 2 terbaru kerana ciri-ciri yang terdapat pada ASUS Transformer Prime lebih banyak dan harganya lebih murah berbanding iPad 2, dijangka berada di pasaran  pada 19 Disember di Amerika Syarikat dan seterusnya di negara Eropah dan Asia.



Kenali ASUS Transformer Prime dengan lebih dekat



Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, ianya agak nipis iaitu pada 8.3mm dan berat dalam 586 gram, berat sedikit berbanding Samsung Galaxy Tab 10.1 tetapi lebih ringan dari iPad 2

Didatangkan dengan 2 warna pilihan iaitu 'Amethyst Gray' dan 'Champagne Gold' yang boleh dilihat di atas.

Seperti yang anda boleh lihat tablet tersebut boleh dicantumkan (dengan selak penutup) dengan aksesori dok papan kekunci (optional dock keyboard), ianya boleh dibuka dan ditutup seperti sebuah komputer riba dan berat anggaran bertambah lebih kurang 1 kilogram.Jika dilihat sekali imbas ia kelihatan seperti sebuah komputer riba kan ?


Skrin paparan





Dipadankan dengan paparan skrin beresolusi 1280x800 yang berdasarkan teknologi Super IPS+. 


IPS adalah teknologi paparan yang digunakan pada iPad dan iPhone 4. Selain mampu untuk mencapai ketumpatan piksel, IPS juga dikenali kerana mempunyai kemampuan penglihatan sudut pada 178 darjah yang luar biasa dan pengeluaran warna paparan yang cemerlang. Kualiti paparan begini amat dicari-cari oleh peminat fotografi dan pengguna profesional.


 Paparan skrin 1.5x lebih cerah berbanding pesaing




Responsif skrin sesentuh telah ditingkatkan dengan melebihi 100%, dan ini bermakna paparan skrin bertindak dalam 50 milisaat, berbanding 110 milisaat. Amat pantas kan ?

Kelemahan biasa yang kita tahu apabila menggunakan skrin sentuh ialah kesan cap jari pada skrin dan penyelesaian yang dilakukan oleh ASUS ialah paparan skrin dan kerangka tablet telah disalutkan dengan sejenis sebatian 'Hydro-oleophobic'.


Kamera

iPad 2 merupakan versi peningkatan dari iPad lama dan salah satu perkara yang mengecewakan pengguna ialah penggunaan kamera berkualiti rendah yang terdapat di belakang tablet tetapi ASUS telah melengkapkan tablet terbarunya dengan kamera beresolusi 8-megapiksel dengan bukaan apertur f2.4 (kepada peminat fotografi mesti tau kan tentang aperture size f.24)

Bukaan apertur f2.4 ?,tak faham laa....

Maksudnya ialah saiz lubang kamera dimana cahaya lubang datang ke dalam kamera. Lebih kecil nombornya lebih besarlah lubangnya dan sebagai contoh 2 kali ganda cahaya boleh dimasukkan ke sebuah lensa dengan apertur f1.4 berbanding lensa f2.0.


Bukan itu sahaja, tablet ini juga menggunakan teknologi back-illuminated sensor (BIS), yang boleh menangkap lebih cahaya berbanding sensor biasa. Kombinasi apertur yang besar (alaa..yang f2.4 tu ) dan sensor BIS dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik.





Sistem Pemprosesan 4 teras NVIDIA Tegra 3 (Quad-core!!)




Tegra 3 merupakan sistem pemprosesan terbaru dari NVIDIA, ia 5x lebih berkuasa berbanding Tegra 2. kelajuannya boleh mencapai sehingga 1.4 Gigahertz. ASUS Transformer Prime merupakan tablet pertama di dunia yang menggunakan Tegra 3.

Pemprosesan Tegra 3 juga didatangkan dengan 'teras yang ke-5'...ni yang best ni !

(Kamus: Core=Teras)

Teras yang ke-5 boleh dianggap sebagai teras sambilan kepada  keempat-empat teras yang ada pada Tegra 3 ini.

Contoh mudah:

Tegra 3 sebenarnya mempunyai 4 + 1 teras (teras pemprosesan 4 (1.4Ghz), +1 (0.5Ghz) iaitu yang ke-5 sebagai teras sambilan)

Teras 5 akan akan berfungsi dan teras 1,2,3,4 akan ditutup apabila tablet berada pada mod tidur (sleep mode) atau pada mod hidup tanpa melakukan tugas yang berat seperti membaca E-mel.

Teras 1,2,3,4 akan hidup dan teras 5 ditutup apabila melakukan kerja yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Teras 5 hanya berkuasa sekitar 500 megahertz sahaja ,ianya dapat menjimatkan kuasa eletrik tetapi hanya sesuai melakukan tugas ringan sahaja.



Jangka hayat bateri

Jangka hayat bateri maksimum dapat dicapai selama 12 jam (tanpa bersambung dengan papan kekunci) dan jangka hayat boleh bertambah kepada 18 jam jika bersambung dengan papan kekunci. Papan kekunci tersebut menambahkan jangka hayat masa tablet sebanyak 6 Jam kerana dilengkapi dengan bateri tambahan.



Perisian yang boleh didapati didalam ASUS Transformer Prime

Asus Launcher
Vibe Music
ASUS Webstorage
MyLibrary
MyNet
MyCloud
File Manager
ASUS Sync
SuperNote
App Locker
App Backup
Tegra Zone (untuk sistem pemprosesan NVIDIA Tegra 3)
Polaris Office (sama seperti Microsoft Office & Libra Office)





  Polaris Office,salah satu perisian yang terdapat pada ASUS Transformer Prime



Sistem pengoperasian (OS)


Hampir Setiap komputer tablet yang berada dipasaran dipasang dengan sistem pemprosesan terkemuka yang dibangunkan oleh Google iaitu Android OS.

ASUS Transformer Prime juga dipasang dengan Android OS versi Honeycomb 3.x 
(versi Android OS yang terkini ialah 'Ice Cream Sandwich' 4.01 pada 14 November 2011)

Berkemungkinan besar tablet ini akan dipasangkan dengan versi 'Ice Cream Sandwich 4.01'

Pada asasnya versi 'Ice Cream Sandwich' sama sahaja seperti 'Honeycomb' kerana 'Honeycomb' ditumpukan kepada komputer tablet, 'Ice Cream Sandwich' pula mengambil ciri-ciri 'Honeycomb' dan dipasang pada telefon bimbit (contohnya Samsung Galaxy Nexus)

Versi 'Ice Cream Sandwich' juga ditambah beberapa fungsi terbaru berbanding 'Honeycomb' iaitu:

1- Facial recognition unlock ( penggunaan wajah pengguna sebagai password )
2- Network data usage montoring and control ( fungsi membolehkan pengguna memantau dan mengawal penggunaan data talian )
3- Unified social networking contacts
4- Photography enhancements
5- Offline email searching
6- App folders
7- Information sharing using NFC ( perkongsian maklumat menggunakan Komunikasi Jarak Dekat )



Harga ?


Harga yang ditawarkan:

Eee Pad Transformer Prime ( Versi premium )

32GB = USD $499
64GB = USD $599

Eee Pad Transformer ( Versi utama )

16GB = USD $399
32GB = USD $449

Untuk aksesori papan kekunci pula ditawarkan pada harga USD $149 ( papan kekunci tersebut mempunyai bateri yang membolehkan jangka hayat masa ASUS Transformer Prime ditambah sebanyak 6 jam )







Kesimpulan

Jika anda teringin untuk membeli komputer tablet, cuba pertimbangkan tablet ini, ianya menggunakan sistem pemprosesan 4 teras dan jumlah RAM lebih banyak berbanding iPad 2.

Harga kompetitif + Teknologi terkini = ASUS Transformer Prime ^_^

~Bakal berada di pasaran pada 19 Disember 2011


Perbandingan spesifikasi ASUS Transformer Prime dengan Apple iPad 2

Harga:
Transformer Prime 32GB : USD $499
iPad 2 32GB : USD $599

Skrin:
Transformer Prime :10.1" Super iPS+
iPad 2 : 9.7" IPS

Resolusi skrin :
Transformer Prime : 1280x800
iPad 2 : 1024x768

Transformer Prime : 150 piksel per inci
iPad 2 : 132 piksel per inci

Unit pemprosesan (CPU) :
Transfromer Prime : NVIDIA Tegra 3 Quad Core 1.4Ghz
iPad 2 : A5 Dual Core 1Ghz

RAM :
Transformer Prime : 1GB
iPad 2 : 512MB

Kamera :
Transformer Prime : 8 megapiksel
iPad 2 : 0.92 megapiksel

Port HDMI :
Transformer Prime : Ada
iPad 2 : Tiada





Tuesday 11 October 2011

Ikona MAPS-Revolusi Anti-Virus buatan Malaysia !

                                                                      Ikona MAPS


Fakta ringkas tentang Ikona MAPS
-Buatan Malaysia
-Satu-satunya Anti Virus yang beroperasi (Standalone operation) tanpa perlu mengemaskini definisi virus (tak payah nak update virus definition berbanding Anti-Virus lain)
-MAPS ialah Malware Attack Prevention System
-Belum berada di pasaran,masih di dalam peringkat akhir ujian Beta
















Ketua pegawai operasi Ikona,Mohamad Razali Saleh


















Pengenalan



MAPS adalah "Malware Attack Prevention System" yang mana berkeupayaan penuh mengatasi masalah sistem komputer di serang secara sedar atau pon secara tak sengaja, seperti terklik laman web yang di penuhi "Virus" atau "Malware". Tak lupa juga dari CD, DVD, Pendrive, Bluetooh, Email dan Hacker.


MAPS adalah satu-satunya aplikasi yang tidak mengunakan sambungan internet, tiada updates, virus database dan patches. Sekiranya MAPS mengenal pasti virus di PC anda, ia hanya lah dikenal pasti sebagai "MALWARE". Apa yang penting adalah, sistem anda free virus setiap masa.

MAPS hanya mengunakan 4% CPU komputer anda untuk memerhati dan scanning sistem anda tanpa henti. MAPS adalah software yang pertama active dulu setelah komputer dihidupkan (sebelum nak boot windows dia dah active dulu) dan yang terakhir berhenti ketika komputer dimatikan. Tidak seperti antivirus lain yang mengunakan banyak tenaga cpu, memori ketika scanning dan mengunakan hampir keseluruhan speed internet ketika updates, dalam banyak kes para pengguna terpaksa berhenti menggunakan PC semata-mata hanya untuk memberi laluan untuk antivirus lain untuk scan PC anda dengan asalan "berat", betul tak?.

Ikona MAPS menggunakan 2 cara untuk memerhati dan mengesan setiap software atau prosess. MAPS memerhati "kelakuan" dan "perbuatan". Setelah MAPS memasuki sistem anda ianya akan berada di system level memerhatikan KERNEL dan RAM PC anda. Setiap file akan execute di RAM akan di perhatikan oleh MAPS, sekiranya proses adalah tidak menyamai dengan keperluan sistem anda ianya akan dihapuskan dengan tanpa memberi ruang untuk file tersebut sampai ke Hard Disk. MAPS juga memerhatikan driver dbase anda setiap perubahan yang berlaku akan di perhatikan. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan berlaku ianya akan di kuarantinkan.

MAPS tidak akan sesekali berhenti proses PC anda, MAPS tidak boleh di deleted, MAPS hanya boleh di uninstall. Sekiranya sistem file anda dengan sengaja di deleted atas tujuan khianat, MAPS akan melaku restore dengan sendiri.

Ikona MAPS menyediakan control panel yang sangat mudah digunakan. Anda berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dilakukan oleh komputer anda dan apa yang tidak boleh dilakukan, dari sekecil menyekat text dokumen anda dari dibaca atau disalin hingga kepada menghadkan kepada penggunaan speed internet kepada beberapa jam sehari, yang mana semua boleh anda tentukan semudah satu clik sahaja.

Ikona MAPS merekodkan setiap perkara yang berlaku kepada PC anda didalam log, MAPS tidak akan terlepas pandang walaupun hanya sekecil menukar tetikus lama kepada yang baru, membuang, quarantine, save file. Log juga berkeupayaan merekod setiap malware yang anda temui semasa anda melayari internet.

Ikona MAPS di jangkakan akan berada di pasaran dengan harga RM150 hingga RM500.



  • IkonaSoftware (M) Sdn.Bhd. sebuah syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland, telah membangunkan aplikasi sistem perlindungan komputer dikenali sebagai Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware).
  • Installation Ikona juga unik kerana menggunakan Thumbdrive berbanding penggunaan CD atau download di Internet demi mengelak dari tiruan.
  • Ikona MAPS dibangunkan selama empat tahun dan memerlukan kira-kira 300 tenaga pakar untuk menjadikannya satu realiti.
  • Ia merupakan aplikasi perlindungan komputer empat dalam satu iaitu antivirus, antispyware, antimalware dan antihack.
  • Ikona MAPS mampu beroperasi secara tunggal tanpa capaian internet, tidak menganggu aplikasi lain dan beroperasi sepanjang masa.
  • Ikona MAPS adaladah perisian pintar yang mempunyai dua enjin pengkomputeran utama iaitu tujuan dan perangai.
  • Ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, Trojan, wabbit, root kit, spyware serta hacker.
  • Semasa installation, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.





User Interface Ikona






Saturday 8 October 2011

Comodo Dragon-Internet browser dengan ciri keselamatan terbaik






 












5 Fakta ringkas tentang Comodo Dragon


-Dibangunkan oleh Comodo Inc (Syarikat penyedia keselamatan komputer dari USA)
-Dibina di atas platform Chromium,jadi user interface,setting dan cara penggunaan sama seperti Google Chrome
-Akses internet dengan lebih pantas
-Lebih stabil dan penggunaan RAM yang rendah
-Perlindungan user privacy yang lebih baik
-Mengandungi ciri keselamatan seperti Comodo Site Inspector 






Pengenalan


Pada masa ini,ramai pengguna PC memilih Google Chrome sebagai web browser untuk melayari internet kerana


-User interface yang mudah
-Mengakses internet dengan pantas
-Penggunakan memori RAM yang rendah,


Saya juga turut menggunakan Google Chrome atas sebab di atas (sebelum ini menggunakan Mozilla Firefox 7 dan Apple Safari 5) dan baru-baru ini Comodo Inc melancarkan browser terbaru ciptaan mereka iaitu Comodo Dragon.






Apa perbezaan diantara Comodo Dragon dan Google Chrome ?


Dari segi cara penggunaan,Comodo Dragon ini sama sahaja seperti Google Chrome tetapi lebih menekankan kepada aspek keselamatan komputer dan pengguna dari ancaman virus dan penggodam.


-Comodo Dragon akan memeriksa pengesahan SSL (SSL certificates) pada setiap laman web yang dibuka dan akan memberitahu pengguna jika pengesahan SSL yang terdapat pada laman web tersebut tidak cukup kuat (SSL Certificate Strength)


-Comodo Dragon menawarkan pengguna semasa melakukan pemasangan (Installation) di PC untuk menggunakan domain mereka (Comodo DNS Servers,akses ke internet lebih pantas dan selamat) berbanding menggunakan ISP DNS Servers yang dimiliki oleh pengguna (tawaran ini sebagai pilihan,pengguna bebas membuat pilihan)


-Jika Comodo Dragon di Uninstall dari PC,pengguna diberi pilihan untuk menyimpan atau membuang fail Cookies dan Cache yang berada di dalam Comodo Dragon


-Berbanding Google Chrome,Comodo Dragon mempunyai pengemaskini terbina di dalam (built-in updater)


-Seperti Google Chrome,Comodo Dragon disediakan secara percuma untuk dimuat turun


Jika anda ingin melayari internet dengan lebih selamat,saya mengesorkan Comodo Dragon.


Klik disini untuk memuat turun Comodo Dragon





Sunday 11 September 2011

Hitler tak dapat terima hakikat yang PC dier tak boleh install Left4dead ngan Gta4.....

Dalam tengah boring duduk kat rumah tu,tercetuslah idea nak edit video Hitler 
(dari filem Jerman 'The Downfall' ).korang trylah tengok he he he !



Tonton siaran TV dan dengar radio di internet secara PERCUMA !!!










Pengenalan


Korang biasanya kalau nak mendengar radio mesti kena buka radio kan ?,sama juga kalau ingin menonton TV tetapi sebuah syarikat dari New Zealand iaitu Readon Technology Ltd baru sahaja mencipta sebuah perisian terbaru yang membolehkan pengguna tersebut menonton TV dan mendengar radio dari seluruh dunia secara percuma dan perisian tersebut ialah Readon TV Movie Radio Player







Apa kelebihan Readon TV Movie Radio Player ni ?



1-Lihat beribu-ribu siaran TV dan radio di seluruh dunia
2-Tonton dan muat turun filem terkini
3-Record muzik online kepada format audio MP3
4-Record siaran TV kepada pelbagai format video
5-Boleh berfungsi sebagai video converter
6-PERCUMA !!!!!!!!


Sesuai untuk: 
Windows XP 
Windows Vista 
Windows 7


Sila klik http://www.readontech.com/aboutinternettv.html untuk muat turun












        



Saturday 10 September 2011

ASUS - Aper tu ??





Assalamualaikum,hari ini saya ingin menceritakan kepada anda tentang sebuah syarikat pembuat komputer dari Taiwan iaitu AsusTek Incorporated atau lebih senang dikenali sebagai Asus yang beribu pejabat di Taipei.Korang mesti pernah dengar kan jenama ni ?


ASUS-Sejarah nama dan penubuhan


AsusTek Computer Incorporated ini diasaskan pada tahun 1989 di Taipei, Taiwan oleh TH Tung, Ted Hsu, Wayne Hsieh and MT Liao - keempat-empat mereka adalah BEKAS JURUTERA Acer (macam tak cayer plak ASUS nih diasaskan oleh bekas geng Acer). Nama Asus diambil dari Pegasus, kuda bersayap dari mitos Greek (dengan menggugurkan tiga huruf pertama).





Jerry Shen-CEO Asus






Pegasus=Asus ?



ASUS datang dari empat huruf terakhir Pegasus , kuda bersayap dalam mitologi Yunani yang mewakili inspirasi seni dan pembelajaran .ASUS merangkumi kekuatan , semangat kreatif dan kesucian yang dilambangkan oleh makhluk agung ini mitos dan tangkas , melambung tinggi ke tahap yang baru kualiti dan inovasi dengan setiap produk ia memperkenalkan kepada pasaran.



Apa yang membuatkan produk Asus ni berbeza dari jenama lain ? 


1-Harga yang kompetitif dan berpatutan


2-penggunaan material yang berkualiti (notebook Asus menggunakan material aluminium dan plastik yang berkualiti tinggi berbanding jenama lain)








3-Sistem pelepasan haba paling terbaik,notebook Asus tetap sejuk walaupun beroperasi melebihi 10 jam.Kesemua notebook Asus keluaran terbaru mempunyai feature terkini iaitu Asus IceCOOL Technology











4-Penggunaan teknologi sistem audio dari Altec Lansing dan ditambah lagi dengan feature SRS Premium Sound,oleh itu kualiti audio yang dihasilkan lebih baik dan berkualiti.













5-Ini part yang paling penting bagi setiap pembelian barang -JAMINAN-,Setiap pembelian notebook Asus disertai dengan jaminan global selama 2 tahun,kalau ader apa2 masalah boleh hantar terus ke Asus Royal Club


-ASUS Royal Club (KL)

+6 03 2148 0827 or +6 03 2141 9379
Call Center hotline:60 (0)3 6279 5077
G-2, Ground Floor, IT@SPS, Wisma SPS,
Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
(10am – 7pm, Monday to Friday)
 

 

-ASUS Royal Club (Penang)

+6 04 6596 780 or +6 04 6596 782
1-02-15, E-Gate, Lebuh Tunku Kudin 2,
11700 Gelugor, Penang
(10am – 7pm, Monday to Friday








Notebook Asus yang bersesuaian dengan bajet anda
Bajet diantara RM 900-RM 1000

Netbook Asus Eee PC 1015B
Sesuai kepada-Pelajar sekolah,pengguna di rumah,pelajar universiti
Spesifikasi-
CPU-AMD Brazos C50 1.0GHz (dual core) Processor
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Starter
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD 10.1 inci (resolusi 1024x600)
Sistem grafik-AMD® Radeon HD 6250
RAM-1GB DDR3 RAM
Cakera Keras (HDD)-750GB SATA HDD (250GB HDD+Additional Webstorage)

Harga-RM 999




Bajet diantara RM 1500-RM 1700


Notebook Asus X42JY
Sesuai kepada-
Pelajar sekolah,pengguna di rumah,pelajar universiti
Spesifikasi-
CPU-Intel Pentium P6200 Processors
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD 14 inci (resolusi 1366x768)
Sistem grafik-AMD Radeon HD 6470 1GB DDR3 VRAM
RAM-2GB DDR3 (2GBx1)
Cakera Keras (HDD)-320GB SATA HDD

Harga-RM 1699










Bajet diantara RM2000-2100

Notebook yang disyorkan-Asus A43SJ-VX068V
Sesuai kepada-Pelajar sekolah/Universiti,pengguna di rumah,pengguna yang simple


Spesifikasi-

CPU-Intel Core i3-2310M Processors (2.10Ghz/3Mb Cache)
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD 14 inci (resolusi 1366x768)
Sistem grafik-NVIDIA GeForce GT 520M 1GB DDR3 VRAM
RAM-2GB DDR3 (2GBx1)
Cakera Keras (HDD)-500GB SATA HDD

Harga-RM 2099










Bajet diantara RM 2400-RM 2500

Notebook Asus A53SV-SX053V
Sesuai kepada-Pengguna sederhana,pelajar sekolah/Universiti,pengguna yang ingin menonton video/filem dalam paparan yang lebih jelas


Spesifikasi-
CPU-Intel Core i5-2410M Processors (2.30Ghz dengan kuasa turbo sehingga 2.90Ghz/3Mb Cache)
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD 15.6 inci (resolusi 1366x768)
Sistem grafik-NVIDIA GeForce GT 540M 1GB DDR3 VRAM
RAM-4GB DDR3 RAM
Cakera Keras (HDD)-500GB SATA HDD

Harga-RM 2499












Bajet diantara RM 2800-RM 3000

Notebook yang disyorkan-Asus A43SV-VX028V
Sesuai kepada-Heavy user,pengguna yang memerlukan notebook berprestasi tinggi,pengguna yang selalu bermain game (Dota,Metro 2033,Left4Dead2,GTA4),menyunting gambar (Photoshop,Ilustrator) dan video (Adobe Flash,Premiere)

Spesifikasi-
CPU-Intel Core i7-2630M Processor (2.0Ghz,dengan kuasa turbo sehingga 2.90Ghz/6Mb Cache)
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD 14 inci (resolusi 1366x768)
Sistem grafik-NVIDIA GeForce GT540M 2GB DDR3 VRAM
RAM-4GB DDR3 RAM
Cakera Keras (HDD)-640GB SATA HDD

Harga-RM 2999








UNTUK YANG 'HARDCORE GAMER'

Notebook Asus G53SW-IX162V (3D)
Sesuai untuk-Sudah pasti sesuai kepada kaki gamer yang gemar bermain game seperti Call Of Duty,Medal Of Honour,CSO,Warcraft,GTA4,Ship Simulator Extreme dan lain2)


Spesifikasi-
CPU-Intel Core i7-2630QM Processor (2.0Ghz,dengan kuasa turbo sehingga 2.90Ghz/6Mb Cache)
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED 3D Backlight HD 15.6 inci (resolusi 1366x768)
Sistem grafik-NVIDIA GeForce GTX 460M 1.5GB DDR3 VRAM
RAM-
8GB (4GBx2) DDR3 RAM
Cakera Keras (HDD)-640GB SATA HDD

Harga-RM 6,999










Notebook Asus edisi Lamborghini (Laptop idamanku he he he !)


Notebook Asus VX7-SZ077V

Spesifikasi-
CPU-Intel Core i7-2630QM Processor
Sistem Pengoperasian (OS)-Windows 7 Home Premium Tulen (64-bit)
Paparan monitor- Skrin LED Backlight HD penuh 15.6 inci (resolusi 1920x1080)
Sistem grafik-NVIDIA GeForce GTX 460M 1.5GB DDR3 VRAM
RAM-8GB (4GBx2) DDR3 RAM
Cakera Keras (HDD)-500GB SATA HDD


Harga-RM 7999








Pengalaman menggunakan produk jenama Asus





Saya mula menggunakan Asus (ASUS P4V-533MX X-Series Motherboard) bermula dari tahun 2004 hinggalah sekarang dan setakat ni Alhamdulillah tidak pernah mengalami sebarang kerosakan serius kecuali terpaksa menukar Power supply sebanyak 3 kali akibat litar pintas dari sistem Voltage Stabilizer dan baru 2 bulan lepas saya menambah lagi koleksi barangan Asus dengan membeli sebuah telefon bimbit PDA Garmin Asus M10,insyaallah saya akan buat review terhadap telefon bimbit tersebut pada post yang akan datang....





Kepada yang masih tercari-cari notebook yang terbaik 

Kepada yang masih tercari-cari ataupun yang tengah on-the way nak beli notebook tu saya sarankan buatlah keputusan yang bijak dalam memilih notebook di pasaran kerana setiap jenama yang dijual membawa kualiti dan feature yang berlainan/mengikut jenama masing-masing (contoh: Sistem audio Asus=Altec Lansing,Sistem audio Toshiba=Harman Kardon) tetapi jika anda memilih notebook Asus sebagai pilihan,saya ucapkan tahniah kerana anda membuat keputusan yang bijak kerana notebook Asus yang ditawarkan mempunyai kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan



Ingin mengetahui lebih lanjut tentang ASUS ? ^_^

Anda boleh layari laman web rasmi Asus-http://my.asus.com/ atau drop comment di bawah jika ingin bertanya tentang notebook Asus yang sesuai dengan anda