Saturday 21 April 2012

Manfaatkan laptop anda mengikut spesifikasinya



Satu perkara yang harus kita akui bahawa kehadiran dan pengenalan pelbagai teknologi terbaru pada saat ini amat berguna untuk memberikan kemudahan bagi manusia dalam membantu melakukan berbagai aktivi. Tidak terhad pada itu, berkat kecanggihan teknologi yang terkini membolehkan kita berhubung dengan orang lain seolah tidak terbatas oleh ruang, waktu bahkan jarak sekalipun.


Salah satu teknologi yang dekat pada kita selain telefon bimbit adalah komputer riba ataupun gelaran yang  paling ringkas ialah laptop. Hampir di setiap tempat seperti di universiti, pejabat dan rumah pasti akan ternampak mesin mudah alih ini dan saya sendiri pun sedang menggunakan laptop untuk menulis artikel ni ^_^.


Harga laptop pada masa kini sudah berpatutan dan itulah sebabnya mengapa ramai orang banyak mampu memiliki dan memilih laptop berbanding pada masa dahulu (dulu harga laptop mahal seyh...)


(Bahasa pasar 'mode on' he he he) Pada waktu sekarang ni banyak pengilang yang mengeluarkan laptop dibawah jenama masing-masing dan itu yang membuatkan ramai bakal pembeli pening kepala time nak pilih laptop mana yang paling bagus dan harga yang berpatutan.


Oleh itu selain disesuaikan dengan keperluan, keputusan nak pilih laptop juga perlu dipengaruhi dengan jenama yang dpercayai dan menjadi 'key-player' dalam selok belok teknologi pada masa ini.
















Asus VX7 Lamborghini, salah satu contoh laptop berkuasa tinggi keluaran Asus.




Tapi yang menjadi persoalan pada kita semua ialah adakah laptop yang anda pilih itu mempunyai spesifikasi mengikut keperluan seharian anda ?, mampukah ia menjalankan tugas yang anda mahu dengan sempurna ?


Seringkali juga kita melihat di dalam internet atau nak yang paling mudah skali tengok member kita merungut dengan prestasi laptop dier, menyumpah seranah kat laptop sebab kualiti grafik tak memuaskan bila main game 'Pro Soccer Evolution' (dah laptop guna Intel HD Graphics,lainla citer kalo laptop guna dedicated graphic processor seperti NViDIA atau ATi )





Terimalah hakikat bahawa sistem grafik seperti Intel HD Graphic hanyalah sesuai untuk tugas ringan sahaja...



Laptop..seperti alat eletronik yang lain perlu dijaga dan diselenggara sebaik mungkin agar prestasi dan keadaannya dalam keadaan tip top. Misalnya, tidak 'push over the limits' laptop yang dimiliki di luar kemampuan spesifikasinya (Guna laptop yang pakai sistem grafik Intel GMA4500XD untuk main game Battlefield 3...akhirnya 'Frame rate' berterabur..laptop keluar bluescreen of death trus he he he..). Akibatnya...laptop mudah menjadi panas dan beberapa komponen lainnya menjadi cepat rosak. 70% punca penyebab komponen didalam laptop rosak ialah kepanasan, 'Cooling pad' pun tak dapat membantu sebab ia berada diluar laptop dan suhu kepanasan didalam laptop tidak akan menurun secara drastik ! .





Hal ini perlu dicermati dan perkara yang paling penting sekali ialah soal pelaburan. 'Prices never lie' memang berlaku pada setiap alat eletronik yang dipasarkan pada saat ini. Perlu disedari jika anda menginginkan laptop dengan prestasi yang POWER untuk handle keperluan anda perlulah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak termasuk dari segi kos harga dan penyeleggaraan. Sebab..agak susah sebenarnya menjumpai laptop yang 'high performance' pada harga yang murah..apatah lagi ketika anda mengetahui spesifikasi laptop yang dimiliki tetapi memaksamya melakukan tugas berat di luar kemampuannya.




Intel Celeron, sesuai melakukan tugas ringan seharian 




Intel Core i3,i5,i7, sesuai melakukan tugas berat


Sebagai penutup untuk artikel ni, jangka hayat laptop yang kita miliki bergantung dengan cara kita guna dan menjaganya..jagalah laptop anda sebaik mungkin agar laptop tersebut dalam keadaan optimal pada setiap masa. 


Game apa yang boleh dimain kalau laptop guna Intel HD Graphics?


Berikut adalah senarai game yang boleh dimain dengan menggunakan Intel HD Graphics :


CSI: New York
FIFA 2009
Football Manager 2009
Medieval II - Total War
Lego Indiana Jones
Pro Cycling Manager 2009
Reel Deal Slots Adventure
The Sims 3
The Sims 2
Sim City Deluxe
Warcraft III
World of Warcraft
Lineage II
Tales of Dragon