Wednesday 7 December 2011

ASUS Transformer Prime - Lebih baik dari iPad 2 ?



Selepas Apple inc. melancarkan produk terbaru mereka iaitu iPad 2, kini ASUStek Computer Inc. dari Taiwan melancarkan komputer tablet terbaru mereka yang dinamakan ASUS Transformer Prime, produk terbaru mereka dijangka dapat menjejaskan jualan iPad 2 terbaru kerana ciri-ciri yang terdapat pada ASUS Transformer Prime lebih banyak dan harganya lebih murah berbanding iPad 2, dijangka berada di pasaran  pada 19 Disember di Amerika Syarikat dan seterusnya di negara Eropah dan Asia.



Kenali ASUS Transformer Prime dengan lebih dekat



Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, ianya agak nipis iaitu pada 8.3mm dan berat dalam 586 gram, berat sedikit berbanding Samsung Galaxy Tab 10.1 tetapi lebih ringan dari iPad 2

Didatangkan dengan 2 warna pilihan iaitu 'Amethyst Gray' dan 'Champagne Gold' yang boleh dilihat di atas.

Seperti yang anda boleh lihat tablet tersebut boleh dicantumkan (dengan selak penutup) dengan aksesori dok papan kekunci (optional dock keyboard), ianya boleh dibuka dan ditutup seperti sebuah komputer riba dan berat anggaran bertambah lebih kurang 1 kilogram.Jika dilihat sekali imbas ia kelihatan seperti sebuah komputer riba kan ?


Skrin paparan





Dipadankan dengan paparan skrin beresolusi 1280x800 yang berdasarkan teknologi Super IPS+. 


IPS adalah teknologi paparan yang digunakan pada iPad dan iPhone 4. Selain mampu untuk mencapai ketumpatan piksel, IPS juga dikenali kerana mempunyai kemampuan penglihatan sudut pada 178 darjah yang luar biasa dan pengeluaran warna paparan yang cemerlang. Kualiti paparan begini amat dicari-cari oleh peminat fotografi dan pengguna profesional.


 Paparan skrin 1.5x lebih cerah berbanding pesaing




Responsif skrin sesentuh telah ditingkatkan dengan melebihi 100%, dan ini bermakna paparan skrin bertindak dalam 50 milisaat, berbanding 110 milisaat. Amat pantas kan ?

Kelemahan biasa yang kita tahu apabila menggunakan skrin sentuh ialah kesan cap jari pada skrin dan penyelesaian yang dilakukan oleh ASUS ialah paparan skrin dan kerangka tablet telah disalutkan dengan sejenis sebatian 'Hydro-oleophobic'.


Kamera

iPad 2 merupakan versi peningkatan dari iPad lama dan salah satu perkara yang mengecewakan pengguna ialah penggunaan kamera berkualiti rendah yang terdapat di belakang tablet tetapi ASUS telah melengkapkan tablet terbarunya dengan kamera beresolusi 8-megapiksel dengan bukaan apertur f2.4 (kepada peminat fotografi mesti tau kan tentang aperture size f.24)

Bukaan apertur f2.4 ?,tak faham laa....

Maksudnya ialah saiz lubang kamera dimana cahaya lubang datang ke dalam kamera. Lebih kecil nombornya lebih besarlah lubangnya dan sebagai contoh 2 kali ganda cahaya boleh dimasukkan ke sebuah lensa dengan apertur f1.4 berbanding lensa f2.0.


Bukan itu sahaja, tablet ini juga menggunakan teknologi back-illuminated sensor (BIS), yang boleh menangkap lebih cahaya berbanding sensor biasa. Kombinasi apertur yang besar (alaa..yang f2.4 tu ) dan sensor BIS dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik.





Sistem Pemprosesan 4 teras NVIDIA Tegra 3 (Quad-core!!)




Tegra 3 merupakan sistem pemprosesan terbaru dari NVIDIA, ia 5x lebih berkuasa berbanding Tegra 2. kelajuannya boleh mencapai sehingga 1.4 Gigahertz. ASUS Transformer Prime merupakan tablet pertama di dunia yang menggunakan Tegra 3.

Pemprosesan Tegra 3 juga didatangkan dengan 'teras yang ke-5'...ni yang best ni !

(Kamus: Core=Teras)

Teras yang ke-5 boleh dianggap sebagai teras sambilan kepada  keempat-empat teras yang ada pada Tegra 3 ini.

Contoh mudah:

Tegra 3 sebenarnya mempunyai 4 + 1 teras (teras pemprosesan 4 (1.4Ghz), +1 (0.5Ghz) iaitu yang ke-5 sebagai teras sambilan)

Teras 5 akan akan berfungsi dan teras 1,2,3,4 akan ditutup apabila tablet berada pada mod tidur (sleep mode) atau pada mod hidup tanpa melakukan tugas yang berat seperti membaca E-mel.

Teras 1,2,3,4 akan hidup dan teras 5 ditutup apabila melakukan kerja yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Teras 5 hanya berkuasa sekitar 500 megahertz sahaja ,ianya dapat menjimatkan kuasa eletrik tetapi hanya sesuai melakukan tugas ringan sahaja.



Jangka hayat bateri

Jangka hayat bateri maksimum dapat dicapai selama 12 jam (tanpa bersambung dengan papan kekunci) dan jangka hayat boleh bertambah kepada 18 jam jika bersambung dengan papan kekunci. Papan kekunci tersebut menambahkan jangka hayat masa tablet sebanyak 6 Jam kerana dilengkapi dengan bateri tambahan.



Perisian yang boleh didapati didalam ASUS Transformer Prime

Asus Launcher
Vibe Music
ASUS Webstorage
MyLibrary
MyNet
MyCloud
File Manager
ASUS Sync
SuperNote
App Locker
App Backup
Tegra Zone (untuk sistem pemprosesan NVIDIA Tegra 3)
Polaris Office (sama seperti Microsoft Office & Libra Office)





  Polaris Office,salah satu perisian yang terdapat pada ASUS Transformer Prime



Sistem pengoperasian (OS)


Hampir Setiap komputer tablet yang berada dipasaran dipasang dengan sistem pemprosesan terkemuka yang dibangunkan oleh Google iaitu Android OS.

ASUS Transformer Prime juga dipasang dengan Android OS versi Honeycomb 3.x 
(versi Android OS yang terkini ialah 'Ice Cream Sandwich' 4.01 pada 14 November 2011)

Berkemungkinan besar tablet ini akan dipasangkan dengan versi 'Ice Cream Sandwich 4.01'

Pada asasnya versi 'Ice Cream Sandwich' sama sahaja seperti 'Honeycomb' kerana 'Honeycomb' ditumpukan kepada komputer tablet, 'Ice Cream Sandwich' pula mengambil ciri-ciri 'Honeycomb' dan dipasang pada telefon bimbit (contohnya Samsung Galaxy Nexus)

Versi 'Ice Cream Sandwich' juga ditambah beberapa fungsi terbaru berbanding 'Honeycomb' iaitu:

1- Facial recognition unlock ( penggunaan wajah pengguna sebagai password )
2- Network data usage montoring and control ( fungsi membolehkan pengguna memantau dan mengawal penggunaan data talian )
3- Unified social networking contacts
4- Photography enhancements
5- Offline email searching
6- App folders
7- Information sharing using NFC ( perkongsian maklumat menggunakan Komunikasi Jarak Dekat )



Harga ?


Harga yang ditawarkan:

Eee Pad Transformer Prime ( Versi premium )

32GB = USD $499
64GB = USD $599

Eee Pad Transformer ( Versi utama )

16GB = USD $399
32GB = USD $449

Untuk aksesori papan kekunci pula ditawarkan pada harga USD $149 ( papan kekunci tersebut mempunyai bateri yang membolehkan jangka hayat masa ASUS Transformer Prime ditambah sebanyak 6 jam )







Kesimpulan

Jika anda teringin untuk membeli komputer tablet, cuba pertimbangkan tablet ini, ianya menggunakan sistem pemprosesan 4 teras dan jumlah RAM lebih banyak berbanding iPad 2.

Harga kompetitif + Teknologi terkini = ASUS Transformer Prime ^_^

~Bakal berada di pasaran pada 19 Disember 2011


Perbandingan spesifikasi ASUS Transformer Prime dengan Apple iPad 2

Harga:
Transformer Prime 32GB : USD $499
iPad 2 32GB : USD $599

Skrin:
Transformer Prime :10.1" Super iPS+
iPad 2 : 9.7" IPS

Resolusi skrin :
Transformer Prime : 1280x800
iPad 2 : 1024x768

Transformer Prime : 150 piksel per inci
iPad 2 : 132 piksel per inci

Unit pemprosesan (CPU) :
Transfromer Prime : NVIDIA Tegra 3 Quad Core 1.4Ghz
iPad 2 : A5 Dual Core 1Ghz

RAM :
Transformer Prime : 1GB
iPad 2 : 512MB

Kamera :
Transformer Prime : 8 megapiksel
iPad 2 : 0.92 megapiksel

Port HDMI :
Transformer Prime : Ada
iPad 2 : Tiada