Saturday 5 May 2012

Kepentingan menggunakan Windows Update

Manusia, tidak ada yang sempurna...begitu juga dengan sistem pengoperasi komputer (OS)


Sebaik manapun atau secanggih manapun OS komputer anda, ia tetap dikatakan tidak sempurna walaupun ia baru dikeluarkan. Itulah sebabnya Microsoft selalu mengeluarkan 'hotfix', 'bug fixer' dan 'Service Pack' setiap kali menjumpai kelemahan OS melalui aplikasi Windows Update. Jika terdapat kekurangan pada OS seperti masalah 'bugs' atau 'privacy' maka Windows Update inilah yang akan 'menampalnya'


Windows Update juga akan melakukan penambahbaikan pada setiap 'feature' yang ada pada OS supaya sentiasa stabil dan berada pada tahap yang terbaik apabila digunakan. Biasanya jika ada 'update' terbaru untuk OS, Windows secara automatik memberikan pemberitahuan seperti notifikasi pada taskbar.


Bagi anda yang menggunakan OS Windows 7, anda boleh melakukan 'update' pada OS anda dengan mengikuti langkah berikut : 

 1) Buka Control Panel melalui Start menu






 2) Klik Windows Update





3) Di sebelah tepi kiri klik 'Check for updates'





4) Tunggu sehingga semakan file terkini selesai


  


 5) Jika terdapat file 'update' terbaru, tandakan di sebelah kiri file tersebut sebagai tanda yang anda ingin menerima file itu dan seterunya klik 'OK' di bawah. Gambar ini menunjukkan optional update iaitu Bing Desktop, optional update ialah file yang dikategorikan sebagai file tambahan pada Windows anda, boleh memilih sama ada ingin menerimanya atau tidak.



6) Apabila sudah klik 'OK', anda akan balik semula di halaman utama Windows Update dan klik 'Install Updates'. Proses updates akan berjalan dan masa yang diambil bergantung pada kelajuan capaian internet anda. Kebiasaannya sesetengah file update memerlukan anda untuk restart semula PC untuk ia meneruskan proses update di OS anda. 


Jangan lupa, pastikan anda selalu update OS anda melalui Windows Update kerana ia langkah yang paling mudah untuk mengekalkan prestasi dan kestabilan Windows OS anda. ^_^

No comments:

Post a Comment